Tuesday 12 September 2017

KEKASIH-DEVOTEES

Kasih telah terbina sebuah mahligai
Menjadi tanda Agungnya cinta kita
Kasih telah ku binakan sebuah istana
Menjadi tanda cinta sejati

Megah menghiasi taman kasih kita
Dan diringi haruman firdausi
Dikaulah permaisuri di hati suami
Penyejuk mata penenang di hati

Tapi angin yang mendatang
Bagaikan badai yang melanda
Kau pergi dulu tanpa menunggu ku
Kerna takdir ku relakan jua

Kekasih akan ku pahatkan doa ku
Di dalam lena dan jua jagaku
Kekasih akan ku sirami pusaramu
Dengan cinta sejati

Andai takdir kita bersama lagi
Ku ingin hidup bahgia bersama mu


JIka Anda Seorang Penggemar Nasyid

Di sini la tempat yang sesuai untuk anda mencari nasyid-nasyid yang anda sukai...

DESTINASI CINTA- MESTICA


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku… Ya Allah…

Link:https://www.youtube.com/watch?v=sMpenVNPKmg




MUQADDIMAH

Nasyid merupakan satu genre muzik yang dahulunya sering menjadi bualan di setiap bibir manusia.Namun, kini ia telah hampir pupus ditelan dek zaman yang semakin moden.

Di sini,saya akan mengimbau kembali zaman-zaman kegemilangan nasyid dengan menyertakan link dan lirik lagu nasyid yang pernah menjadi trending di Malaysia...

SELAMAT DATANG KE FATAMORGANA SEBUAH NASYID

Asalamualaikum dan Ahlan Wasahlan ke 'FATAMORGANA SEBUAH NASYID'

KEKASIH-DEVOTEES Kasih telah terbina sebuah mahligai Menjadi tanda Agungnya cinta kita Kasih telah ku binakan sebuah istana Menja...