DEFINISI
Nasyid (Arab: أناشيد)
merupakan nyanyian
yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi,
memuji Allah, dan
yang seumpamanya.Nasheed (Arabic: kata akar/tunggal نشيد , kata jamak أناشيد; juga disebut Nasyid di Malaysia dan
Indonesia; manakala di Bosnia and Herzegovina: Ilahija) lagu kebudayaan Islam.
Mengikut tradisinya, Nasyid dinyanyikan secara acappella, yakni nyanyian
mengikut cara ini hanya diiringi dengan daff. Lagak Muzik ini digunakan oleh
kebanyakan Ilmuan Muslim kerana mereka menafsirkan bahawa ajaran Islam adalah
melarang penggunaan Instrumen alatan muzik kecuali untuk sesetengah Alatan
Muzik Asas (Percussion). Kebanyakan masyarakat pula mengagumi ketulenan dan
kesederhanaan dalam muzik.
Generasi terbaharu dalam arena muzik "Nasheed"
yakni dari kalangan artis menggunakan kepelbagaian instrumen muzikal dalam seni
mereka. Hal ini telah menimbulkan pelbagai kontroversi dikalangan komuniti
Islam kerana kebanyakan dari pihak Ilmuan Islam berpendapat pilihan ini adalah
suatu kewujudan(Bidaah) keatas Muzik Dalam Islam. Nasheed moden juga turut
dilihat melangkaui kumpulan aliran utama muzik Nasheed seperti kumpulan
Outlandish, Aman, dan artis nasheed solo seperti Dawud Wharnsby Ali, Sami
Yusuf, Slave of Allah dan Idris Phillips, yang dikatakan mampu menarik hati dan
pandangan banyak masyarakat Muslim serta, ia mampu menjadi pemimpn kepada
persembahan artis di Festival Kebudayaan Islam, Konferensi, Konsert dan
Pertunjukan (seperti ISNA, Celebrate Eid, Young Muslims). Artis-artis dan
organisasi lain seperti Noor Media pula 100% tidak menggunakan instrumen muzik
dlam penerbitan album Nasheednya.
Peningkatan penjualan bahan hiburan berdasarkan produk
Nasheed adalah dilihat lebih didorong oleh para penerbit profesional yang dapat
menghasilkan media hiburan Nasheed dalam bentuk klip video dan trek lagu.
Sebagai contoh Madinah Tun-Nabi oleh Aashiq al-Rasul Al Mu'allim, Meditation,
Hasbi Rabbi (semuanya oleh Sami Yusuf), Du'a oleh Seven 8 Six, Mercy like the
Rain oleh SHAAM & Our World oleh Zain Bhikha.
Pada awalnya nasyid membawakan alunan bercorak padang pasir, tetapi kini kumpulan nasyid semasa telah membawa pelbagai rentak bercorak baru untuk para pendengar. Pembaharuan ini menjadikan lagu-lagu nasyid lebih menarik dan bersifat lebih daya saing dalam bidang seni.
Selalunya nasyid lebih gemar didendangkan dengan alat muzik
tanpa tali, namun mengikut beberapa pendapat ulama fiqh perkara memainkan
alunan nyanyian nasyid dengan alat muzik bertali seperti gitar dan piano adalah
dibenarkan.
No comments:
Post a Comment